Untuk Apa Bercinta Kalau Tak Boleh Nak Setia?


Oh kali ini tiada ucapan hai kerana aku dalam keadaan mode marah yang terover seketika. Tak perlu bermanis mulut pada permulaannya kalau apa yang perlu ditulis selepas ini akan menyakitkan rasa.


Oh yea, post kali ini tiada ada kena mengena dengan situasi aku sekarang kerana aku baik-baik saja. Aku cuma terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. Seperti tajuk di atas, aku tak nak terus point sesiapa kerana siapa yang makan cili dialah yang akan rasa pedasnya bukan?

Mungkin dulu ketika bercinta, semua orang akan rasa indah. Tak nampak satu apa yang buruk pun tentang yang dicinta separuh mati tu. Tapi bila dah lama, makin bosan, makin lama tak ketemu, makin lama tak berkongsi rasa kan sudah jadi masalah. Ya, ramai yang jadi seperti itu. Dan jalan penyelesaiannya mudah saja. Putus.

Tapi, kalau yang putus disebabkan satu masalah yang aku anggap kelakar nak mampus ini, boleh diterima kah? Curang! Siapa yang bersalah? Yang curang ataupun yang setia tetapi dianggap sudah membosankan dan patut diganti dengan yang lain yang lebih fresh, anggun, bergaya dan baru dikenali? Wattahel begini derr.

Sudah terang jelas aku akan menuding jari kepada si curang tersebut. Oh yes, untuk apa bercinta kalau kau tak boleh nak setia? Untuk apa? Hanya untuk jadi bahan permainan sementara? Lepas kau pergi jelajah tempat baru dan jumpa yang lain yang lebih menepati citarasa, terus saja kau lupakan yang menunggu lama di sini dan berpaling tadah? Begitu?

Sungguh hebat sekali. Tapi maaf, kau masih tak setanding pencipta lirik ini.

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku meminta
Kau istimewa, teristimewa

Jadi, aku tak pasti si curang akan kekal bahagia kalau dia tetap meneruskan agenda pakai buangnya. Untuk apa kau bercinta, menghabiskan kredit sms kau, beli hadiah mahal-mahal semua itu kalau kau tak boleh nak setia? Membazir! Lebih baik tak payah berpacaran dengan sesiapa, jadi kau boleh berskandal dengan semua orang yang kau nak sampai kau dapat HIV positif.

Dan, untuk yang dikhianati, tak kesah la kalau kau perempuan atau pun lelaki. Aku harap kau tabah dan silalah menangis kalau itu yang perlu. Biar orang ketawa melihat kejatuhan kita dan bersedihlah dengan lagu Jar Of Heart ataupun Teardrops On My Guitar sekarang kerana itu tidak akan kekal lama. Lambat laun, yang buang kau jauh-jauh itu pasti akan tersungkur jatuh tak tahu mana arah tujuan yang harus dituju kerana dah lepaskan sesuatu yang begitu berharga.